Thursday, 28 September 2017

Kesiagaan Abam-Abam Askar di Sabah bah..

Badak tidak akan menangis lagi..

Bila cerita balik tentang Sabah.. tentang Pencerobohan Lahad Datu.. Badak Menangis nak share skit mana yang x tau apa pasukan keselamatan kita buat.. benda mcm ni pon nak main-main dengan isu politik.. memang lahabau betul.. x pk ke pasukan keselamatan kita yang di kerah ke sana.. family ditinggalkan.. nyawa dipertaruhkan..

Untuk maklumat hangpaa.. Kementerian Pertahanan kita sentiasa memastikan kesiapsiagaan ATM atau nama penuhnya Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghapuskan kan sebarang ancaman pencerobohan pengganas di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah atau ESSCOM. La ni, ATM ada dua formasi pertahanan di kawasan berkenaan iaitu Angkatan Tugas Bersama 2 atau nama pendeknya ATB2 dan Briged ESSCOM. 

Untuk maklumat korang ATB2 ditubuhkan untuk mengawasi maritim, pulau dan perairan Sabah dan bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia). Sementara itu pulak, Briged ESSCOM yang ditubuhkan selepas berlakunya Pencerobohan Lahad Datu aadlah bertanggungjawab terhadap operasi daratan dan tambahan pos gabungan yang menempatkan pihak Polis dan ATM.

Bagi peningkatan kesiapsiagaan dan bantuan pengawasan keselamatan Briged ESSCOM, aset-aset yang digunakan semasa insiden Lahad Datu akan terus digunakan oleh pasukan-pasukan yang bertugas di bawah Briged ESSCOM.
Pasukan tersebut juga telah diperlengkapkan dengan sistem pengawasan seperti radar dan peralatan pandang malam yang dapat mengesan elemen-elemen ancaman dengan segera.


Abam-abam tentera dan aset-aset tentera juga ditempatkan di beberapa lokasi dan pulau-pulau di Timur Sabah yang boleh bertindak, apabila berlaku ancaman.

Haaa.. Nanti Badak Berendam cerita lagi episod seterusny.. Nak memberak dahulu.. Respect to our Arm Forces.. Hooraaah






No comments:

Post a Comment

Kesiagaan Abam-Abam Askar di Sabah bah..

Badak tidak akan menangis lagi.. Bila cerita balik tentang Sabah.. tentang Pencerobohan Lahad Datu.. Badak Menangis nak share skit mana y...